Wednesday 9 December 2015

TUGASAN CRB1113 ...

1. PENGERTIAN SAINS PERPUSTAKAAN

Merupakan satu bidang kajian yang saintifik bagi mengurus,mengelola dan mengatur semua bahan bercetak dan bukan bercetak secara sistematik di perpustakaan dan pusat sumber bagi memudahkan para pengguna mengenal bahan yang terdiri dari pelbagai jenis, disamping mereka boleh membuat kajian dan mempelajari bidang dalam ilmu perpustakaan.

2. TIGA JENIS SUMBER MAKLUMAT :-
  • SUMBER PRIMER
merupakan hasil kerja asal sama ada diterbitkan atau tidak, memberi pengetahuan baru atau kemajuan pada pengetahuan yang sedia ada mengenai sesuatu perkara yang turut menjadi asas kepada sumber sekunder atau sumber tertiar.

  1. Ciri-ciri Sumber Primer:

i.)   Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan baru.
ii.)  Melaporkan penyelidikan yang asli.
iii.) Memberi ulasan baru atau interpretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang           baru.
iv.)  Biasanya sumber primer ini sukar dicapai kerana tidak disusun atau disenarai dengan          sempurna atau berada di merata tempat.
v.)   Sumber-sumber ini ada yang diterbitkan dan ada yang tidak diterbitkan.


Sumber Primer yang diterbitkan :-

i.)   Terbitan berkala / terbitan bersiri, Jurnal.
ii.)  Laporan penyelidikan.
iii.) Penerbitan kerajaan / penerbitan rasmi.
iv.)  Paten.
v.)   Piawaian.
vi.)  Disertasi / tesis (jika diterbitkan sebagai artikel atau buku).
vii.) Prosiding, konferens.



Sumber primer yang tidak diterbitkan :-

i.)    Kertas kerja (dari seminar, konvensyen, persidangan, simposium,bengkel, kolokium,          perbincangan, kongres dll).
ii.)   Fail syarikat.
iii.)  Fail peribadi.
iv.)   Surat menyurat
v.)    Diari, memo
vi.)   Buku nota / makmal.
vii.)  Temuramah.
viii.) Rakaman audio.
ix.)   Lukisan.
x.)    Pemerhatian.
xi.)   Laporan penyelidikan / teknikal yang terhad edarannya.
xii.)  Latihan ilmiah / tesis / disertasi.

Nota:
i. Oleh sebab sumber primer ini merupakan maklumat asal (first hand information) yang dihasilkan penulis atau penyelidik, ia merupakan maklumat yang sangat baik dan berwibawa.
ii. Gunakan kebijaksanaan sendiri sama ada ingin memasukkannya ke dalam senarai bacaan atau rujukan, terutamanya jika ia merupakan suatu rujukan yang perlu serta penting berikan sebagai petikan (citation).
iii. Sumber primer biasanya sukar diperolehi kerana ianya sukar dikesan atau faktor kesuntukan masa bagi pihak pencari maklumat atau pembaca.





  • SUMBER SEKUNDER
Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan abstrak atau indeks. Rujukan kepada artikel asal adalah dalam format bibliografi atau abstrak yang diterbitkan.

Ciri-ciri Sumber Sekunder:-

i.)    Ia bukanlah maklumat atau ilmu pengetahuan baru.
ii.)   Ia menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya senang diakses.
iii.)  Ia lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan atau pemeriksaan ke atas karya atau        penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara dan sebagainya.
iv.)  Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan sumber lain,
       perlulah berhati-hati dalam menilai sumber ini sama ada ianya berwibawa atau berat        sebelah atau condong ke arah tertentu (bias).

Contoh sumber-sumber sekunder ialah:-

i.)   Terbitan berkala / terbitan bersiri /jurnal (yang memberi laporan tentang      perkembangan sumber primer).
ii.)   Perkhidmatan indeks dan abstraks.
iii.)  Ulasan (reviews)
iv.)   Buku teks / monograf.
v.)    Bahan-bahan rujukan atas.
vi.)   Ensiklopedia
vii.)  Kamus / glosari / istilah





viii. Buku panduan (handbook).
ix. Jadual.
x. Formula.
xi. Pangkalan data.

- Sumber sekunder boleh wujud dalam format bercetak atau tidak bercetak.





  • SUMBER TERTIAR.
Ia juga dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Sumber tertiar boleh didapati dalam bentuk buku teks, pangkalan data, ulasan artikel, kompendia dan panduan praktis. Laman web juga menyediakan banyak sumber dari kategori ini.

Ciri-ciri Sumber Tertiar:-
Sumber tertiar dapat membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder.

Contoh-contoh sumber tertiari :-
i.)   Buku tahunan.
ii.)  Bibliografi kepada bibliografi.
iii.) Panduan kepada penerbitan (Guides to the literatures).
iv.)  Panduan kepada perpustakaan.
v.)   Panduan kepada sumber maklumat.
vi.)  Panduan kepada organisasi.